Dashboard | +Follow
LEEYANA
GERHANA BULAN 10 DISEMBER 2011 ! #peace#
10 Disember 2011 • 1:29 PTG • 0 MY SUNSHINE BERBICARA

ASSALAMUALAIKUM n salam sejahtera !

hii ! ari nie da brape ari bulan ea ? haa ! cepat2X tengok kalendar kt umh korg tuh ! ari nie x silap ak 10 DISEMBER 2011 , means ari nie ad gerhana bulan ! waaa ! seriusly ak terujaa btul dgr ade gerhana bulan ari nie .. ak tau nie pown dr rancangan AL - KULIYYAH semalam..  korg tau x sebab ap gerhana bulan berlaku ?
#info nie ak copy paste dr google#
Pertama: Sebab lahiriah.
Gerhana matahari berlaku disebabkan bulan berada diantara matahari dan bumi justeru menyebabkan sebahagian cahaya matahari terhalang dari bumi. Cahaya matahari tidak terlindung sepenuhnya kerana matahari adalah lebih besar dan lebih tinggi dari bulan kerana itu tidak mungkin berlaku gerhana matahari menyeluruh keatas seluruh pelusuk bumi. Gerhana bulan pula terjadi disebabkan bumi terletak antara matahari dan bulan, lalu bumi menghalang antara matahari dan bulan. Seperti yang diketahui bahawa bulan adalah suatu jirim yang gelap ia mengambil sumber cahayanya dari matahari, bila bumi menyekat antara matahari dan bulan terjadilah gerhana bulan.
Kedua: Sebab Syar’iy.
Hal ini jelas dan nyata dalam hadith riwayat Al-Mughirah bin Syu’bah yang berkata: Gerhana matahari pernah berlaku dizaman Rasulullah S.A.W dihari wafatnya Ibrahim putera baginda, lalu orang ramai ada yang berkata gerhana matahari itu disebabkan kewafatan Ibrahim. Baginda Rasulullah S.A.W lantas bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan tidak juga disebabkan kehidupan seseorang, apabila kamu semua melihat yang demikian berlaku, sembahyanglah kamu dan berdo’alah kepada Allah” Hadith Bukhari.
Diriwayatkan dari Abi Bakrah katanya:”Sabda Rasulullah S.A.W:”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, ianya
tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, akan tetapi Allah Ta’ala hendak menakutkan hamba-hambanya dengan kejadian ini. Hadith Bukhari.
Jadi sebab syar’iy disebalik terjadinya gerhana matahari dan bulan ialah Allah hendak menakutkan hamba-hambanya agar mereka meninggalkan dosa, maksiat dan dosa-dosa besar. Berlakunya fenomena ini berulang kali sekarang ini adalah disebabkan banyaknya godaan hidup, keterbukaan dan budaya “semua boleh” yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakat, justeru orang ramai terseret dalam arus kemajuan yang palsu; membuatkan mereka sesat dan menyesatkan orang lain. Kerananya Allah Ta’ala menghantar petanda-petanda ini untuk menakut dan memberi amaran awal kepada hambanya agar tidak menimpa mereka apa yang pernah menimpa umat sebelum mereka, untuk itu mereka hendaklah kembali kepada Allah dan kembali kepada agamaNya semoga kemurkaan Allah S.W.T tidak menimpa mereka. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum 41:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Sayugia bagi setiap muslim apabila melihat ayat-ayat dan alamat besar sebegini supaya bersegera menta’ati Allah dan segera bersolat kerana menzahirkan rasa takut kepada Tuhan serta meninggalkan perkara-perkara lain yang melalaikannya.
Besar kan kuasa ALLAH SWT ! * entry ak kali nie ak byk copy paste jaa dr GOOGLE bukan ap ak nie cetek ilmu pasal GERHANA BULAN nie ! kang kalo tersalah tulis nnt takut berdosa pulak* peace !


seterusnyer ! *eh , teringat pulok kt group futsal ak taun lepas nme team kteorg "seterusnya"* td mse ak google ak ad terjumpa 1 blog yg ad wt entry psl gerhana bulan iaitu blog FALAK ONLINE ! mohon copy sediket yaa ! hikhok !


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:

i.                    Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.
ii.                  Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.
Gambarajah 1
Gambarajah 2, di bawah  ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).
Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir
Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.

sebaek-baeknyaa malam nnt kte buat la SOLAT SUNAT GERHANA BULAN ! sebagai tanda kebesaran ALLAH SWT dan supaya tiada bencana bulan yg berlaku di dunia ini ! AMIN !

wsalam ! kbaii!


The Lady
Bonjour Earthling!


Assalammualaikum.
Hello,I'm Lulu Leeyana.Welcome to my blog.Do Follow Do Read.Lapchuu♥




Tagboard
No Violent Word Please!



Traffic Feed
Thanks Visit My Blog ♥



Sweet Memory


Credits..
The Awesome People Behind the Scene


Skin by : Illi Shuhada
Template Basecode : Najmi Supian
Header : Illi Shuhada
Linkies code : WANA