Dashboard | +Follow
LEEYANA
TIP : shawlz pilihan hati ! yang mane satu ea ?
24 Disember 2011 • 1:54 PG • 0 MY SUNSHINE BERBICARA



Kepelbagaian tudung yang berada di pasaran memberi perubahan baru di kalangan gadis muslimah . Bermula daripada kain bawal , beralih ke tudung awning , beransur – ansur bertukar fenomena kepada pemakaian selendang . Ini adalah satu perubahan yang positif dan harus diingati , walaupun anda berfesyen , namun aurat yang sedia ada perlulah dijaga !



| PASHMINA |

Pashmina ini sering dipakai oleh HANA TAJIMA dan MARIA ELENA , mungkin ramai yang mengenali mereka ! bagi anda yang menggemari selendang , pashmina merupakan fabric terbaik dan mudah untuk digayakan . fabriknya juga tidak panas dan selalunya ia mempunyai bidang yang BESAR . oleh itu , anda mempunyai pelbagai cara untuk membuat lilitan . selendang pashmina yang asli adalah tebal maka lilitan perlu dikurangkan . paling penting , ia kelihatan kemas , cantik dan sesuai untuk semua jenis bentuk muka !  *thumb up*

| LYCRA |

Lycra adalah nama sejenis fabric yang digunakan di Britain . di tempat lain seluruh Eropah menggunakan nama lain . kajian pada tahun 1956 oleh seorang pakar telah mencipta fabric lycra ini dan akhirnya ia menjado terkenal sebagai salah satu fabric untuk industry tekstil . lycra merupakan sejenis kain yang elastic dan lebih tahan lama dari Latex . disebabkan fabriknya yang tidak panas maka ia sesuai dijadikan selendang !

| SATIN | 

Satin adalah gabungan gentian campuran sutera , nylon dan polyester . ia mempunyai dasar yang berkilat dan sesuai dijadikan baju pengantin atau pun cadar . tetapi kemajuan teknologi sekarang ini telah menjadikannya selendang yang kelihatan sungguh cantik apabila digayakan . selendang ini agak sukar digayakan kerana anda memerlukan jarum peniti yang banyak kerana ia licin dan mudah beralih arah apabila diletakkan di kepala . namun , fabriknya yang nipis dan berkilat membuatkan anda berasa sangat selesa ! *saya tak reti nak pakai*

| DENIM | 

Asalnya , fabric denim tidak perlu dibasuh selali kerana dikhuatiri akan menjadi pudar ! tetapi bagi selendang denim sebaliknya pula! Masih lagi keras  tetapi ia telah dicampurkan dengan gentian lain bagi memastikan ia selesa untuk dipakai . terlalu banyak selendang denim dipasaran . anda kelihatan cantik dan ranggi apabila memakainya . ia mudah untuk digayakan dan amat sesuai dengan gaya yang biasa dan TIDAK KETERLALUAN . cukup sekadar sekali lilitan sudah boleh membuatkan anda tampil bergaya !

| COTTON |

Fabric yang sangat selesa ini mampu menyerap peluh kerana tidak terlalu tebal . selendang kapas sangat sejuk apabila dipakai terutama ketika panas . cara pemakainya juga senang kerana ia mudah terletak di kepala dengan bantuan jarum peniti yang MINIMA ! pelbagai gaya boleh dilakukan sama ada  yang ringkas atau pun digubah menjadi pelbagai bentuk. Pasti anda kelihatan menawan ! *saya suka ! saya suka !*



PESANAN MISS L . LEEYANA : PAKAILAH PELBAGAI JENIS TUDUNG YANG ANDA NAK ASALKAN MENUTUP AURAT !


The Lady
Bonjour Earthling!


Assalammualaikum.
Hello,I'm Lulu Leeyana.Welcome to my blog.Do Follow Do Read.Lapchuu♥




Tagboard
No Violent Word Please!



Traffic Feed
Thanks Visit My Blog ♥



Sweet Memory


Credits..
The Awesome People Behind the Scene


Skin by : Illi Shuhada
Template Basecode : Najmi Supian
Header : Illi Shuhada
Linkies code : WANA